Blog Hasilkampung.com

To content | To menu | To search

Sunday, August 1 2010

Aquaponic - Gambar-gambar terbaru

2010_08150018a.JPG

Penambahbaikan telah dibuat dengan meletakkan jaring plastik (dibeli dari kedai hardware) di atas polytank bagi memastikan batang kangkung yang menjalar tidak masuk dalam polytank selain menambah ruang pembiakan kangkung.

Pada pandangan saya kangkung mampu untuk menapis dan membersihkan air dengan baik disebabkan akarnya yang berselerak. Satu lagi tanaman yang sesuai ialah pegaga kerana mampu hidup subur di kawasan berair.

Continue reading...

Saturday, July 31 2010

Duckweed - Alternatif kepada pellet ikan?

2010_08010027a.JPG

Duckweed adalah sejenis lumut dengan nama sainsnya Lemnaceae yang sering kedapatan di tasik dan paya. Lumut ini hidup subur di kawasan yang redup dan di kawasan berair yang tenang. Ia membiak dengan cepat sehingga 2 kali ganda dalam tempoh 24 hingga 48 jam sekiranya mendapat nutrien yang secukupnya.

Di sesetengah negara maju, tumbuhan ini digunakan di pusat-pusat memproses kumbahan (seperti Indah Water Konsortium di Malaysia) dengan membiarkannya membiak di kolam takungan mengandungi sisa kumbahan. Ia mampu membersihkan sisa kumbahan tersebut dengan menjadikan sisa kumbahan sebagai makanannya.

Continue reading...

Saturday, July 24 2010

Ternakan talapia dalam polytank

2010_07060025.JPG

Sebenarnya ikan talapia tidak beberapa sesuai diternak di dalam polytank. Itu yang dimaklumkan oleh Pegawai Perikanan Kluang yang kebetulan sahabat baik saya. Namun atas dasar ingin bereksperimen dan sekadar hobi sahaja, saya gagahkan juga untuk meneruskan ternakan ini.

Talapia memerlukan oksigen terlarut (DO) untuk hidup khususnya jika diternak dalam polytank atau kanvas. Sebab itu ramai penternak lebih suka menternak di dalam kolam kerana oksigen tidak diperlukan dan jumlah diternak lebih banyak. Menggunakan polytank, jumlah ikan adalah terhad kerana sekiranya jumlah dimasukkan terlalu banyak ikan akan lambat membesar.

Continue reading...

Saturday, July 3 2010

Kangkung Aquaponic

kang

Kangkung pada umumnya terdiri daripada dua jenis iaitu yang ditanam di atas tanah dan ditanam di kawasan bertakung air. Dalam kaedah aquaponics ia ditanam di takungan air yang mengalir dimana bahan kumbahan daripada ikan dijadikan baja kepada tanaman ini sebelum air dialirkan semula ke tangki ikan.

Kangkung yang dihasilkan melalui kaedah ini sangat subur dan bersaiz besar sehingga mencapai 9 inci panjang setiap daun. Kangkung yang dihasilkan juga bersifat organik tanpa baja kimia. Namun begitu daun kangkung mudah diserang ulat bulu dan bagi mengelakkan air tercemar dengan racun serangga, seeloknya hendaklah disembur dengan semburan racun organik yang tidak merbahaya kepada ikan.

Continue reading...

Saturday, June 26 2010

Aquaponic - Masih baru di Malaysia

Aquaponic

Aquaponic merupakan kaedah kembali kepada alam semulajadi dan bersifat mesra alam sekitar di mana 'kerjasama' yang erat antara ikan yang diternak dengan tanaman (sayuran) bagi menjamin kesinambungan kehidupan antara keduanya.

Sisa kumbahan ikan disedut menggunakan pam dan dijadikan baja (makanan) kepada tanaman manakala air yang telah bersih disalurkan semula kepada ikan dalam keadaan bersih.

Kaedah ini telah digunakan sejak sekian lama di negara maju sebagai satu cara menunujukkan tanda sokongan kepada kempen penjagaan alam sekitar di negara masing-masing dan sebagai hobi di sekitar rumah sebagaimana Program Bumi Hijau di Malaysia.

Continue reading...

Thursday, June 3 2010

Ternakan ikan puyu dalam polytank

2010_04250314.JPG

Selepas selesai menternak ikan keli secara kecil-kecilan untuk makan sendiri sahaja, ikan puyu menjadi pilihan untuk diternak dalam polytank yang agak lama tidak digunakan. Cubaan 400 ekor anak ikan puyu dimasukkan.

Ikan puyu juga termasuk dalam golongan ikan yang mudah diternak disebabkan ikan ini juga tidak memerlukan oksigen terlarut untuk hidup. Cuma ikan ini agak lambat membesar berbanding dengan ikan keli. Kelebihannya tangki tidak cepat kotor seperti ternakan keli dan penukaran air boelh dibuat agak lewat berbanding ikan keli.

Continue reading...

Wednesday, May 12 2010

Ternakan ikan keli dalam polytank

2009_07250045.JPG

Ini merupakan pengalaman pertama menternak ikan keli dalam tangki. Sebelum ini hanya berminat kepada kolam ikan hiasan khususnya ikan koi di hadapan rumah. Ini merupakan projek di bawah Program Bumi Hijau dipohon melalui Jabatan Perikanan dimana setiap peserta diberikan 2 unit tangki polytank, 800 benih keli dan makanan keli untuk satu pusingan. Ianya bukan untuk tujuan komersial tetapi untuk menggalakkan rakyat belajar menternak untuk makanan keluarga sahaja.

Ikan keli lebih mudah diternak daripada ikan koi kerana ia tidak memerlukan oksigen terlarut untuk hidup dan tahan lasak. Alhamduliiiah sehingga dituai hanya 25% je yang mati. Paling teruk apabila terlewat menukar air dan isteri kerap mencedok air dalam tangki untuk menyiram pokok. Air menjadi cetek menyebabkan sebahagian ikan mati akibat kesesakan.

Continue reading...

Thursday, April 15 2010

Ikan Hiasan

2010_06060017.JPG

Ikan koi merupakan ikan hiasan yang memerlukan oksigen sepenuhnya untuk hidup. Ikan ini pada asasnya mudah diternak di dalam kolam hiasan asalkan sistem penapisan yang dibina mampu menjamin kualiti air. Ini penting bagi memastikan ikan dapat dilihat dengan jelas walaupun berada di dasar kolam.

Ini merupakan cabaran utama kepada semua pemilik kolam hiasan bagaimana cara untuk memastikan kejernihan air dapat dikekalkan secara berterusan. Sememangnya kos untuk membina sistem filter (penapisan) air untuk kolam hiasan adalah agak tinggi sehingga mencecah ribuan ringgit.

Continue reading...